PELAKON Yusuf Bahrin tidak mampu melelapkan mata dan resah menunggu kemas kini isterinya, penyanyi Zizi Kirana yang kini ditahan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika menuju ke Gaza, Palestin dalam misi lobal Sumud Flotilla (GSF).
Menurut Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, kali terakhir berhubung dengan Zizi pada pukul 1 pagi tadi sebelum komunikasi terputus.
Menurut Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, kali terakhir berhubung dengan Zizi pada 1.40 pagi tadi sebelum komunikasi terputus.
“Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan ‘call’ dia.
Status kapal Zizi kali terakhir adalah kecemasan. Setakat ini saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat di sini, doa banyak-banyak.
“Kali terakhir berhubung pada 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza dekat belakang sebab itu dia masih boleh buat siaran langsung,” katanya dalam sebuah siaran langsung di TikTok.
Dalam pada itu, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu berharap GSF dapat menyedarkan orang ramai bahawa misi tersebut bukan bertujuan berperang sebaliknya bertujuan untuk memberi bantuan kemanusiaan.
“Kalian kena tolong ‘spam’ video. Semoga apa yang kita buat hari ini dapat buka mata sesiapa yang masih ‘neutral’.
Dalam misi ini bukan semua orang Islam, ada yang bukan Islam. Jadi dekat sini nak tunjukkan maksud misi kemanusiaan tak kira bangsa dan agama.
“Mereka punya misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat G (Gaza). Bukan nak pergi berperang,” jelasnya.
Selain itu, Yusuf turut sebak memaklumkan pendudukan Gaza sudah menunggu di tepi pantai bagi menyambut kehadiran pasukan GSF.
“Yang sedihnya, orang-orang dekat G dah tunggu tepi pantai termasuk budak-budak kecil. Itu yang ralat sikit.
Mereka tiada apa tapi tetap nak sambut pasukan Flotilla. Mereka punyalah baik dan gembira dapat tahu dunia tak sisihkan mereka.
“Satu gunia pandang G sebab tak semua ada media sosial. Bila tengok GSF tengah tular, mereka tahu ada orang peduli,” ujarmya.
Yusuf turut mengajak orang ramai menunaikan solat hajat dan mendoakan keselamatan semua delegasi misi kemanusiaan tersebut.
“Insya-Allah saya minta jasa baik kalian untuk doakan sebelum subuh. Sama-sama kita buat solat hajat sikit sebab benda ini luar bidang kuasa kita.
“Hari ini baru sedar, kita tak boleh buat apa-apa hanya doa sahaja.
Saya boleh katakan, yang pergi misi ini semua hebat. Allah Taala letak mereka di satu darjat yang saya dan kita semua sendiri tak mampu duduk di situ,” ujarnya.
Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas bekas anggota tentera Israel (IDF).
Selain Huga, dua kapal lain iaitu Sirius dan Alma turut dipintas IDF dan membawa tujuh orang delegasi Malaysia yang menyertai GSF. – HIBGLAM