PELAKON Anzalna Nasir menasihati golongan isteri agar menegur suami mereka untuk memastikan tidak culas dalam pemberian nafkah terhadap keluarga.
Menurut Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 37, perkara tersebut perlu dilakukan mana-mana isteri kerana tidak semua golongan suami peka dengan tanggungjawab mereka.
“Video saya dengan Hanif tentang isu ‘maintenance’ jadi viral baru-baru ini.
Sebenarnya, setiap isteri mengimpikan seorang suami yang mampu memberi nafkah bukan? Namun hakikatnya, tidak semua lelaki benar-benar faham tanggungjawab mereka.
“Sebagai isteri, kita boleh menegur dengan lembut supaya mereka tidak terleka kerana rezeki suami akan terus bertambah bila dibelanjakan untuk keluarga,” katanya dalam platform Threads.
Tambahnya, dia menegaskan perkara tersebut adalah tanggungjawab hakiki seorang suami sebagai ketua keluarga.
Tidak kira kecil atau besar pendapatan, tanggungjawab tetap tanggungjawab dalam perkahwinan.
“Paling penting, jangan lupa doakan suami kita agar Allah melimpahkan lagi rezeki dan keberkatan buat mereka,” ujarnya.
Sebelum ini tular video Haniff berseloroh perbelanjaan isterinya tidak terikat pada amaun tertentu dan berbeza setiap bulan. – HIBGLAM