KASIH seorang ibu, pelakon Reese Witherspoon mengakui dibadai emosi apabila dua anaknya Ava, 26, dan Deacon, 21, terpaksa meninggalkan rumah demi menyambung pengajian.
Biarpun masing-masing sudah dewasa, Witherspoon berkata, ketiadaan cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami iaitu Ryan Phillip itu tetap menghibakan.
Menurut pelakon filem Legally Blonde itu, kediaman besar tidak lagi bermakna andai kesemua permata hatinya tidak berada di sisi.
Sebagai ibu tunggal, hubungan Witherspoon dengan anak-anak ibarat rakan baik apabila setiap masalah akan dikongsi bersama-sama.
Selain Ava dan Deacon, Witherspoon, 49, turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Tennessee yang kini berusia 12 tahun hasil perkahwinan dengan seorang lagi bekas suaminya, Jim Toth. – HIBGLAM