DRAMA Rumah Tanpa Luka lakonan Erysha Emyra, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar kini rancak ditayang di televisyen. Katanya meraih jumlah tontonan tinggi.
Namun, bukan tentang drama yang Diva nak sembang tetapi keakraban hubungan Erysha dengan kanak-kanak sindrom Down iaitu Naura Arissa yang juga pelakon dalam naskhah tersebut.
Keakraban mereka menyentuh hati ramai terutama melihat cara Erysha melayan Naura pada program Talk To My Manager minggu lalu. Naura pula nampak sangat selesa dengan Erysha.
Paling ramai terkejut melihat Erysha mendukung Naura, menyentuh hati katanya.
“Sebak tengok hubungan akrab mereka, Erysha memang ada sifat keibuan dan penyayang yang bagus.
“Terkejut tengok Erysha dukung Naura, penyayang betul,” komen netizen.
Apa pun tahniah Diva ucapkan untuk pelakon drama ini, dengarnya ramai menangis.
DIVA: Demam FattMira belum habis, semua video pasangan itu berbulan madu tular.