Hidup miskin, Sylvester Stallone harap dibaham singa

MENIKMATI kemasyhuran sebagai bintang Hollywood kelas A, hakikatnya aktor legenda Sylvester Stallone melalui pelbagai cabaran sebelum bergelar pelakon.

Sebelum dikenali menerusi filem ikonik termasuk Rambo dan Rocky, penggiat seni asal New York itu pernah bekerja sebagai pembersih kandang singa di sebuah zoo.

Katanya, demi kelangsungan hidup di kota besar yang menuntut perbelanjaan tinggi mendorongnya melakukan pekerjaan tersebut.

Kalau kita benar-benar tidak punya wang, pekerjaan apa pun yang diajukan akan tetap diterima,” ujarnya.

Begitupun, Stallone, 79, mengakui pengalaman tersebut tidak mudah apabila perlu berdepan bau busuk setiap hari sehingga berharap kesusahan itu segera berakhir.

Bahkan secara berseloroh dia berharap dibaham binatang ganas itu supaya segala kesulitan dilaluinya terus berakhir.

Tidak sampai sebulan kemudian dia meletakkan jawatan sebelum bekerja pula sebagai pemotong daging. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok