Hadiahkan anak jeep mewah, aktres kena kecam

BUKAN pujian, sebaliknya tindakan pelakon Sarah Michelle Gellar menghadiahkan anak perempuannya, Charlotte sebuah Jeep sempena hari jadi ke-16 mengundang kritikan.

Netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan walaupun bintang siri televisyen Buffy the Vampire Slayer itu mampu berbuat demikian.

Selamat ulang tahun Charlotte, tapi jangan menormalisasikan pemberian kenderaan mahal untuk orang muda yang baru belajar memandu,” tulis netizen.

Menerusi carian pengikut Instagram aktres berusia 48 tahun itu, harga semasa Jeep Wrangler Rubicon mencecah RM380,000.

Selain Charlotte, rumah tangganya dengan pelakon Freddie Prinze Jr turut dilengkapkan dengan seorang anak lelaki, Rocky, 13. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok