9
KEMUNCULAN kumpulan X-Factor pada konsert Elite Live’25 baru-baru ini membikin ramai peminat terkesima.
Hadir membuat mempersembahkan lagu popular mereka, 7251364, X- Factor berjaya membuat penonton yang hadir kembali ke memori era 1990-an.
Selain teruja dengan gabungan demi konsert tersebut, penampilan lima ahlinya iaitu Jim, Fendi, Zach, Danny dan Shah meraih pujian ramai kerana dikatakan tidak dimamah usia.
“Sudah bertahun tidak muncul tetapi masih tampan.
“Inilah definisi semakin berusia semakin kacak, tolong ‘comeback’!” kata netizen.