Amboi! Pandainya Ara Adreanna menari

KETIKA ibunya, Bella Astillah meledak dengan kisah hubungan cinta rakan sekerja bersama Syed Saddiq, anak perempuannya juga turut terkena tempias populariti.

Terbaharu, anak perempuan Bella, Ara Adreanna, 5, menyorot perhatian ramai apabila lincah menari dalam sebuah video dikongsi ibunya dalam TikTok baru-baru ini.

Dengan berlatarkan lagu Touch nyanyian kumpulan Katseye, Ara mempamerkan bakat menarinya yang pastinya diwarisi daripada ibunya.

Paling mencuit hati apabila ada netizen yang meminta Ara mengajar Syed Saddiq menari agar tidak lagi digelar ‘kayu’.

“Selepas ini Ara boleh buka kelas tarian untuk Syed Saddiq, cuma ‘step’ tarian jangan yang susah sangat.

“Sangat comel! Selain Bella, saya sudah jadi peminat nombor satu Ara juga,” kata netizen.

Video tersebut kini meraih 2.8 juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok