‘Jangan petik nama aku, pergi jaga laki sendiri’

PELAKON Faezah Elai meluahkan rasa kurang senang apabila namanya turut dipetik segelintir netizen menerusi satu perbincangan mengenai isu rumah tangga artis dalam media sosial.

Menurut Faezah, 42, dia tidak pernah berminat untuk mencampuri urusan peribadi orang lain, apatah lagi mahu terheret dalam gosip yang langsung tidak ada kena-mengena dengan dirinya.

“Kalian kalau nak obses atau meroyan dengan cerita artis, jangan sesekali petik nama aku.

Aku tak pernah berminat nak ambil tahu hal rumah tangga orang, bukan macam kalian.

“Pergi jaga laki sendiri, tak payah sibuk hal orang,” katanya dalam Threads

Tambah pelakon drama Sujudku itu, kenyataannya dalam media sosial sebelum ini hanya berkaitan isu Zara Qairina sahaja namun entah mengapa netizen mengheret namanya dalam polemik tidak wajar.

“Aku cerita pasal kes komen Zara Qairina yang dituduh mencuri, tiba-tiba nama aku pula dikaitkan dengan artis. Itu memang tak ada kena mengena.

Terus terang, aku tak ada masa nak ambil tahu rumah tangga orang seperti kalian sedang kecoh dalam ruang sosial,” tegasnya.

Terdahulu, tular sebuah hantaran dalam media sosial yang menyindir sikap segelintir artis Malaysia kononnya pura-pura terkejut dengan pendedahan isu toksik rumah tangga selebriti tanah air.

Situasi menjadi semakin panas apabila ada netizen menyebut nama Faezah sebagai salah seorang artis yang dimaksudkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok