PELAKON Indonesia, Sheila Dara mendedahkan berulang-alik dari Jakarta ke Pulau Pinang demi menemani suaminya, Vidi Aldiano menjalani rawatan kanser.
Menurut Sheila atau nama lengkapnya Sheila Dara Aisha, 33, dia tidak pernah lelah dan mahu sentiasa berada di sisi suami biarpun terpaksa berulang-alik dari Jakarta.
“Suami saya menjalani rawatan di Pulau Pinang sejak beberapa bulan lalu. Sebulan sekali kami akan ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan kimoterapi. Alhamdulillah keadaan dia baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui di sesi Meet & Greet bersama pelakon filem Sore.
Sheila bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi butiran lanjut tentang penyakit yang dihidapi suaminya.
Sebelum ini media seberang melaporkan Vidi menghidap barah buah pinggang tahap tiga sejak 2019. Pada 2021 dia pernah menjalani pembedahan membuat sebelah buah pinggangnya.
Kongsi Sheila lagi, setiap kali ke negeri yang terkenal sebagai syurga makanan itu, dia pasti tidak akan ketinggalan untuk menikmati pelbagai juadah enak di sana.
“Saya suka Pan Mee di Pulau Pinang. Rasanya enak sekali. Begitu juga nasi kandar,” kongsinya.
Mengulas mengenai filem Sore, Sheila mengakui teruja berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan naskah itu.
“Saya harap filem ini akan disukai penonton di Malaysia. Daripada tayangan istimewa yang dilakukan semalam, ramai yang memberikan komen positif.
Filem Sore yang turut dibintangiDion Wiyoko itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025. – HIBGLAM