MELEBARKAN sayap kerjaya seni, penyanyi Bella Astillah secara rasmi dilantik sebagai penyampai radio Era FM bermula hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan pihak Era menerusi sebuah kenyataan dalam hantaran Instagram yang menawarkan jawatan penyampai radio kepada pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Dengan sukacitanya, pihak ERA menawarkan jawatan kepada Bella Astillah sebagai penyampai radio Era berkuat kuasa mulai 22 September 2025.
“Kami yakin bakat dan keperibadian Bella akan memberi nilai tambah kepada Era dalam terus menghiburkan pendengar di seluruh negara.
“Sekiranya bersetuju, mohon untuk hadir ke Studio Era dan laporkan diri seawal 6 pagi bersama geng 3 Pagi Era,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Menepati janji, penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu hadir di Studio Era pagi tadi sekali gus memulakan tugas rasmi sebagai penyampai radio.
Turut mencuri perhatian, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat menghubungi Era secara langsung untuk menitipkan pesanan khas buat Bella.
Kepada Nabil, Azad dan Radin tolong jagakan Bella.
“Teruskan usaha yang baik. Pendengar setia Era selepas ini kena terus lagi setia,” ujarnya.
Sebelum ini, Syed Saddiq tidak dapat melaksanakan tugas sebagai penyampai radio Era susulan masalah yang tak dapat dielakkan. – HIBGLAM