SUDAH seminggu berlalu dan pasangan pengantin popular pun sudah selamat berbulan madu, namun kisah Fattah Amin dan isterinya, Amira Othman terus hangat diperkatakan.
Antara cerita lucu adalah kisah penyanyi, Ernie Zakri yang tidak mengetahui siapa bakal suami Amira ketika diminta menjadi ‘dulang girl’.
Menurutnya, hal tersebut berlalu kerana selama ini rakan karibnya itu belum mendedahkan sebarang perincian mengenai hari bahagianya.
Dalam video dikongsikan, dia juga rancak bercerita mengenai persiapan Amira menjelang detik bergelar raja sehari yang membuatkan netizen teruja. Daripada Ernielah, baru peminat sedar yang Amira dan Fattah sudah lama buat perancangan nikah walaupun pada masa sama menafikan keintiman mereka.
Kantoi Ernie dah rungkaikan rahsia selama ni, maksudnya dah lama Amira plan, kita saja yang lalai,” tulis seorang netizen dalam komen.
DIVA: Dahsyat! Tahniah Syed Saddiq sebab berjaya tamatkan Kejuaraan Ironman Dunia di Perancis!