PELAKON dan sosialit, Paris Hilton mendedahkan mempunyai bilik khas di kediaman baharunya di Beverly Park, Los Angeles bagi menempatkan 10,000 kaca mata hitam miliknya.
Katanya, kediaman 12 bilik yang dihuni bersama suami, Carter Reum serta dua anak mereka itu sememangnya mempunyai ruangan untuk barangan peribadi kesayangannya.
“Saya mempunyai satu ruangan di rumah hanya untuk kaca mata hitam dan setiap dindingnya dipenuhi rak holografik dengan sekitar 10,000 koleksi.
Antaranya kaca mata rekaan Dior berbentuk bulat besar sehingga rekaan cat-eye daripada Karl Lagerfeld yang menjadi kesukaan saya sekarang,” katanya.
Pewaris rangkaian Hotel Hilton itu turut melengkapi rumah agamnya dengan studio spa dilengkapi peralatan kecantikan berteknologi tinggi yang gunakan setiap pagi.
Begitupun, barangan paling berharga kereta Bentley berwarna pink yang direka khusus untuknya tetapi jarang digunakan kerana terlalu menonjol di jalan raya.
Awal tahun ini, banglo Hilton di Malibu hangus dalam kebakaran hutan yang melanda California Selatan dan rumah baharunya kini berharga RM265 juta yang sebelumnya dimiliki aktor Mark Wahlberg.