14
BON Appetit, Your Majesty, menjadi perhatian sejak ditayangkan menerusi platform Netflix pada 23 Ogos lalu.
Dibintangi Yoon-A sebagai Yeon Ji-yeong dan Lee Chae-min (Raja Lee Heon), drama 12 episod itu menggabungkan elemen masakan yang mencetuskan pelbagai konflik termasuk kisah cinta dalam naratifnya.
Drama adaptasi novel popular Yeonsankunui Chefro Salanamki itu kini dalam senarai 10 naskhah paling popular Netflix turut membuatkan penonton terliur dengan resipi yang dimasak oleh Yoon-A termasuk menu ‘pajeon’ iaitu lempeng telur daun bawang goreng.
Disebabkan terpengaruh dengan drama ini, rasa teringin nak cuba pajeon tetapi diubah jadi versi sendiri,” kata seorang individu.