Tak perlu ‘seru’ netizen, selesaikan kemelut keluarga sendiri

DIVA ingatkan sudah selesai tetapi nampaknya kemelut antara Anna Jobling dengan ibunya, Ariz Ayop masih berlarutan.

Baru-baru ini, Ariz tiba-tiba memuat naik satu hantaran dalam InstaStory yang meminta Anna tidak membuangnya kerana sudah membesarkan dan menjaga sejak kecil.

Ada sesiapa kenal mana-mana ustazah yang boleh bagi nasihat pada kami berdua? Nasihatkan anak saya supaya jangan buang emak yang berkorban segala-galanya untuk dia.

“Sudah sebulan lebih tak tanya khabar berita dan batukan diri. Janganlah sebab dah popular buang mak macam itu sahaja.

‘Takutlah balasan Allah SWT, selagi boleh selamatkan dia, saya akan berusaha. Orang sekeliling sepatutnya nasihatkan dia.

Netizen tolonglah nasihatkan dia supaya tak jadi anak derhaka,” katanya.

Seram juga Diva baca dakwaan ibu Anna tentang anak derhaka dan sebagainya. Cuma satu sahaja harapan Diva, selesaikan secara baik dan kalau perlu ikut cara undang-undang, lakukan sahaja.

Tak perlulah melibatkan netizen kerana akan semakin banyak perkara negatif lain akan tercetus. Netizen tak semua pandai tau.

DIVA: Menyampah dengan segelintir individu yang mencetuskan ‘puak’ menyokong Fazura dan Amira Othman.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok