Nora, Mickey berbalas hadiah kasut sukan, jam tangan

SALING menghadiahkan barang, pelakon Nora Danish semakin terbuka berkongsi hubungan istimewa dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo.

Paling mencuri tumpuan apabila Nora, 43, dan Mickey saling memuat naik foto memaparkan barang yang dibeli untuk satu sama lain dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Mickey dilihat menghadiahkan sepasang kasut sukan putih jenama QC kepada pelakon drama Puteri itu.

Kemudian, Nora pula dikatakan membalas hadiah tersebut dengan membeli jam tangan sukan berjenama Suunto dan turut berterima kasih kepada Mickey.

“Terima kasih Mickey Ayo,” katanya ringkas.

Perkara tersebut menguatkan lagi khabar angin mereka menjalin hubungan istimewa namun memilih enggan mengesahkan lagi kepada umum.

Terdahulu, Nora  tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila dikatakan sudah mempunyai teman istimewa selepas memuat naik foto lelaki memakai kopiah putih.

Turut tular kad jemputan yang tertera huruf M dan N berserta tarikh 8 September 2025 sekali gus mencetuskan spekulasi pasangan ini bakal menamatkan zaman solo masing-masing namun Nora menafikan perkara tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok