Tudung ‘melayang’, Dahlia tak goyang dikecam

SELEPAS pendedahan keputusan membuka tudung ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), penyanyi Dahlia enggan peduli kecaman yang diterima.

Menurut anak bongsu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, setiap cercaan yang diterimanya dianggap sebagai sesuatu yang positif.

Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya, amin,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, Dahlia, 21, tampil dengan imej baharu tanpa hijab pada AIM24 di Arena Stars, Genting Highlands.

Dia menjelaskan tindakan tersebut dilakukan bagi memulakan perjalanan baharu dan memahami agama dengan lebih mendalam.

Keputusan menanggalkan tudung selepas 15 tahun berhijab juga disokong penuh keluarganya termasuk ibu dan abangnya.

Bagaimanapun, Dahlia mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak wajar.

Ayat awak ini bahaya. Salah tetap salah, jangan tunggang agama,” ujar netizen.

“Sesatnya jawapan dia. Pakai tudung tapi tak tahu agama sendiri, kasihan keluarga nanti,” tutur netizen lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok