Pecah perut! Aliff Aziz terpaksa gendong Cik Lan

LAMA tak dengar kisah penyanyi juga pelakon Aliff Aziz yang kini dikhabarkan masih meneruskan kerjaya seni di Singapura.

Terbaru, pengacara Roslan Shah yang kini ligat dengan siri pengembaraan paranormal di beberapa lokasi mengundang Aliff.

Roslan atau mesra dipanggil Cik Lan membuat siaran langsung dalam platform media sosialnya menunjukkan video mereka menguji keberanian.

Lucunya Cik Lan meminta selebriti sensasi itu mendukungnya disebabkan terkejut dan terlampau takut.

Aliff yang terpaksa akur dengan permintaan Che Lan mengundang tawa ramai. Masing-masing pecah perut saat mengikuti siaran langsung tersebut.

Sepanjang bersiaran, memang ada sahaja telatah spontan mereka berdua yang membuatkan netizen tidak kering gusi.
Diva pun senyum sendiri bila tengok rakaman semula video tersebut. Teringat pula lagu Sayang Sayang. Eh, tiber!

DIVA: Maaf, bukan ‘joykiller’ cuma nak maklumkan yang esok juga adalah hari Syed Saddiq sertai Ironman Dunia di Perancis. Go Bella, eh!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok