Niena Baharun anggap tinggal bersama mentua satu nikmat besar

TIDAK pernah malu, pelakon Datin Niena Baharun mengakui pengalaman menetap bersama keluarga mentua sejak tujuh tahun lalu menjadi satu nikmat besar dalam hidupnya.

Ujar Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun, 32, sejak mendirikan rumah tangga, dia memilih untuk tinggal sebumbung bersama mentua dan keputusan itu membawa seribu satu hikmah.

“Saya menetap dengan mak mentua lebih kurang tujuh tahun, alhamdulillah.

“Kerap orang tanya bagaimana saya boleh tinggal dengan mentua sebab sejak muda saya sudah biasa berdikari,” katanya dalam TikTok.

Tambah pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan itu, antara kunci keharmonian rumah tangganya adalah sikap hormat dan kesediaan menyesuaikan diri dengan cara keluarga mentua.

“Bagi saya, bila kita masuk rumah orang, kita sebagai tetamu maka ikutlah cara orang tu.

“Itu prinsip saya, saya hormati cara mereka. Saya pun bukannya menantu yang baik, tapi sayalah menantu pertama dalam keluarga itu yang tinggal sekali dengan mentua.

“Menantu lain pun ada bersama di rumah itu,” ujarnya.

Paling penting kata Niena, layanan baik yang diterimanya daripada ibu dan bapa mentua membuatkan dirinya berasa seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.

“Mereka layan saya macam anak sendiri. Cara mereka jaga saya sama seperti ibu bapa kandung.

“Saya bersyukur dapat mentua yang sangat baik. Kalau ada masalah, kami boleh berkongsi. Mereka sangat memahami,” tuturnya.

Untuk rekod, Niena berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adiel Mikael, 7, dan Alyssa Marissa, 5. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok