SPEKULASI hubungan pempengaruh popular Cik Epal dengan lelaki dikenali sebagai Ammar semakin bertiup kencang.
Malah, timbul dakwaan mereka bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi susulan Cik Epal dan pasangannya dikatakan sudah membuat persiapan bagi meraikan majlis bahagia itu.
Terbaharu, muncul video yang dimuat naik memperlihatkan Cik Epal sedang memilih baju Melayu buat pembawa dulang hantaran lelaki sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.
Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang boy? Tujuh?” soal Muzaffar.
Pertanyaan itu disambut dan diakui oleh Cik Epal.
“Hanya nak buat untuk dulang boy,” katanya.
Muzaffar juga memaklumkan pihaknya sedang mengadakan jualan jumbo dengan harga RM59.
“Memang murah sangat ni kalau nak belikan untuk dulang boy ni,” kata Cik Epal. – HIBGLAM