Pink ‘merana’ kerana E. Coli

KETIKA ini, penyanyi Pink masih dalam fasa pemulihan selepas beberapa hari terlantar akibat serangan bakteria, E. Coli.

Walaupun tidak mendedahkan tarikh awal terkena jangkitan, ibu kepada dua anak itu hanya menyatakan dirinya ‘merana’ ketika bercuti.

Penyanyi asal Pennsylvania, Amerika Syarikat itu kemudian berkongsi foto bersama keluarga di rumah sehingga kesihatannya memulih.

Semuanya normal dan baik-baik sahaja. Ketika anda sedang bercuti, E. Coli memutuskan untuk menghuni usus anda.

“Tapi anda melawannya bersama anak-anak, rakan serta segelas anggur merah bersama campuran infus vitamin,” katanya dalam keterangan gambar.

Berdasarkan carian, bakteria E. Coli boleh mengakibatkan cirit-birit, kejang perut, muntah dan kehilangan air dalam badan sehingga demam dan boleh membawa maut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok