Dituduh pura-pura hamil, Marissa Dania saman netizen

ENGGAN membiarkan maruah diri terus dipijak, pempengaruh Marissa Dania Hakim dipercayai mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang menyebarkan kebencian terhadapnya dalam media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu menerusi paparan notis saman bersama tangkap layar pengikut tiktoknya.

Apabila sudah sampai masa, tiada siapa yang akan dapat bantu awak, tidak seorang pun,” tulisnya dalam InstaStory.

Menerusi pendedahan itu, antara kenyataan tidak berasas yang dilemparkan adalah kononnya wanita berusia 20 tahun itu melakukan penipuan mengenai kehamilan.

Individu tersebut juga berkongsi gambar terbaharu Marissa dalam TikTok dengan bertegas menafikan pempengaruh itu berbadan dua.

Begitu sahaja peminat dia diperdaya. Idola kau suka duduk senget, ‘Delusional’ sangat,” tulis individu terbabit.

Rentetan perkongsian tersebut, hal kehamilan Marissa berpanjangan apabila pengguna akaun lain turut meninggalkan komen.

Justeru, Marissa yang berstatus isteri kedua kepada pempengaruh Ahmad Aslam menggunakan saluran undang-undang bagi membersihkan nama.

Terdahulu, sekitar April lalu Marissa dikatakan hamil apabila tubuhnya tampak berisi namun tiada sebarang pengesahan daripadanya.

Pada Ogos tahun lalu, wanita terbabit dilaporkan kehilangan anak sulungnya yang dilahirkan pra-matang ketika kandungan berusia enam bulan.

Marissa mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam pada Disember 2023 – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok