Perkongsian saya ikhlas, jangan ‘butthurt’ – Syasya Rizal

PENYANYI Syasya Rizal menegaskan setiap perkongsiannya dalam media sosial dilakukan dengan niat ikhlas, bukan demi mengejar publisiti murahan seperti disalah tafsir segelintir netizen.

Bukan semua perkara perlu dikecam, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata mungkin ada hantarannya yang tidak penting bagi sesetengah orang namun memberi manfaat kepada individu lain.

“Tak perlu ‘butthurt’ (panas) apabila seseorang berkongsi pengalaman dalam media sosial.

“Kalau tidak berguna untuk awak, mungkin bermanfaat buat orang lain. Itulah maksudnya perkongsian momen,” katanya.

Luahan itu hadir selepas beberapa komen sinis singgah di ruangan Thread miliknya, antaranya menuduh Syasya ‘terpaling’ kerana gemar berkongsi segala benda termasuk perihal peribadi dalam media sosial.

Dalam perkongsian sama, bekas anggota kumpulan Dolla itu turut tampil menjelaskan mengenai hantarannya tentang doa seorang isteri untuk suami yang turut mendapat kecaman.

“Bukan saya mereka-reka cerita. Dalam hadis sudah jelas dinyatakan doa seorang isteri buat suaminya mustajab.

“Kenapa perlu dipersoalkan sesuatu yang Allah sendiri muliakan?,” ujarnya.

Terdahulu, Syasya dikecam hebat selepas secara terbuka mendoakan kesakitan suaminya.

Sedar kesalahannya, dia mengakui tidak sengaja berbuat demikian dan hanya bergurau ketika terasa hati dengan sikap suami sepanjang keadaan dirinya tidak sihat. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok