PENYANYI dan ahli program realiti Running Man, Kim Jong-kook selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya di Seoul pada hari ini.
Majlis serba sederhana tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat.
Bagaimanapun, Jong-kook, 49, masih tidak mendedahkan identiti isterinya yang bukan dari kalangan selebriti.
Difahamkan, sahabatnya yang juga pengacara, Yoo Jae-suk diberi kepercayaan pengemudi acara berkenaan.
Sebelum ini, Jong-kook mengejutkan peminat dengan berita bakal menamatkan zaman bujangnya.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi sepucuk surat yang ditulis buat peminat sempena ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam dunia seni.
Dia juga meminta peminat terus memberi sokongan menempuh fasa baharu dalam kehidupan selepas ini. – HIBGLAM