‘Menggigil, anxiety tengok dia pandu bas laju sangat’

PELAKON Eyka Farhana mendedahkan mengalami kebimbangan melampau atau anxiety selepas melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan berbahaya semalam.

Menurut Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmiz, 30, dia kecewa dengan sikap pemandu kerana tidak menghiraukan nyawa orang lain yang berada dalam bas tersebut.

“Pagi tadi (semalam) ketika dalam perjalanan ke Sepang, saya melibat sebuah bas dipandu sangat laju walaupun berada di selekoh sehingga anxiety saya dibuatnya. Sangat berbahaya.

Tak faham ya mereka ini, selepas banyak kes kemalangan, masih lagi tidak beringat bawak bas atau lori laju sehingga boleh membahayakan orang lain.

“Memanglah orang kata, kalau nak jadi, akan jadi juga tetapi peratusan nak kemalangan itu akan kurang jika dibawa berhati-hati,” katanya dalam Threads semalam.

Tambahnya, kejadian tersebut membuatkan dia nekad membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dia juga sempat meminta orang ramai melakukan hal sama agar dapat menangani lebih banyak berlakunya kemalangan jalan raya.

“Sampai menggigil ya saya tengok dia pandu bas laju sangat.

Nasib sempat tengok nombor plat dan terus hubungi serta buat laporan.

“Kepada sesiapa yang nampak bas atau lori dipandu laju dan berbahaya, tolong ambil video serta buat aduan,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok