ENGGAN terus disalah erti, penyanyi Azharina Azhar tampil menepis dakwaan netizen kononnya dia kini mempunyai ‘anak ikan’.
Azharina atau lebih mesra disapa sebagai Nina itu menegaskan lelaki yang dimaksudkan adalah sepupunya sendiri iaitu penyanyi, Danish Suffian.
Terima kasih kerana memberi pahala percuma untuk saya. Danish sebenarnya sepupu saya sebelah bapa.
“Malah, ada yang kata kami anak beranak. Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Saya reda. Saya maafkan mereka,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duet, Gunung Kinabalu nyanyiannya bersama Daniesh Suffian, semalam.
Ditanya siapa yang mengaitkannya dengan dakwaan ‘anak ikan’ itu, Azharina berkata dia tidak tahu dan kasihan dengan individu itu namun sangat berterima kasih.
Berbicara mengenai kerjasama dengan Daniesh untuk lagu Gunung Kinabalu, Azharina berkata dia berasa bertanggungjawabnya sebagai sepupu dan kakak penyanyi itu.
Saya bawa Daniesh untuk sama-sama menyanyikan lagu ini (Gunung Kinabalu) sebagai salah satu sumbangan saya untuk tunjukkan dan memperkenalkan bakat Daniesh yang mungkin ramai belum tahu lagi,” kongsinya.
Ujar Azharina lagi, dia sangat bersyukur vokalnya dan Daniesh sesuai digandingkan dan terbukti ketika menyanyikan beberapa lagu saduran dalam TikTok.
Berkongsi lanjut tentang lagu Gunung Kinabalu, kata Nina ini merupakanagu patriotik pertamanya.
Lagu ini sebenarnya ciptaan datuk Daniesh dan pernah dinyanyikan ibu Daniesh. Tetapi versi asal adalah berentak keroncong. Untuk versi baharu ini saya jadikannya ‘City Pop’ supaya lebih mudah diterima ramai terutamanya Gen-Z,” ujarnya. – HIBGLAM