‘Jangan kurang ajar!’ – Cardi berang dituduh hamil anak bekas suami

PENYANYI rap sensasi, Cardi B mencuri tumpuan apabila bertindak melempar sebatang pen penanda (marker) ke arah orang awam dipercayai pengamal media gara-gara diajukan soalan bersifat provokasi oleh individu terbabit.

Cardi atau nama lengkapnya, Belcalis Marlenis Almanzar berang apabila diajukan soalan mendakwa dia kini hamil anak keempat dengan bekas suami, Offset meskipun kini sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

Sumber mendakwa Offset kini berbangga secara terbuka kononnya anda hamil anak keempatnya. Adakah timbul sebarang persoalan mengenai paterniti melibatkan Stefon Diggs (teman lelaki sekarang anda) sekarang?,” soal individu terbabit.

Tanpa berfikir panjang, pelantun lagu Bodak Yellow mencapai sebatang marker dan melempar ke arah individu berkenaan, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadapnya.

Berhenti, jangan kurang ajar dengan saya. Ibu anda dah ajar, tolong hormati kaum wanita,” katanya.

Individu yang mengajukan soalan kontroversi terbabit tetap lantang berbicara meskipun membuatkan rapper kulit hitam itu berang serta-merta.

Saya tetap sayang (Cardi) walaupun anda baling bendasing ke arah saya,” ujarnya.

Cardi kemudian membalas sebelum meluru masuk ke dalam kereta mewah: “Saya tak peduli, anda kurang ajar. Ada wanita yang tanya soalan begitu kepada saya?

Mengapa anda sebagai orang lelaki fikir boleh tanya soalan begitu kepada saya? Bertindaklah dengan adab. Ibu anda dah ajar—tolong hormati wanita.”

Terdahulu, Cardi memenangi kes saman sivil terbaharu yang difailkan bekas pengawal keselamatan, Emani Ellis.

Hakim di Mahkamah Tinggi Los Angeles sebulat suara mendapati Cardi tidak bersalah dalam tuntutan bernilai AS$24 juta (RM107 juta) berhubung insiden di sebuah klinik Beverly Hills pada 2018.

Cardi sememangnya terkenal dengan sikap panas baran. Pada 29 Julai 2023, Cardi membaling mikrofon ke arah seorang penonton dikenali sebagai Jane Doe di sebuah konsert di Las Vegas.

Kejadian itu mencetuskan saman sivil dan tumpuan besar media seluruh dunia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok