Selit foto jejaka berkopiah, Nora Danish jumpa cinta baharu?

SELEPAS setahun bercerai, pelakon Nora Danish mencuri perhatian apabila memuat naik foto menampakkan sebahagian wajah seorang lelaki yang tidak dikenali.

Perkongsian tersebut mencetuskan spekulasi bahawa pemilik nama penuh Nora Mohd. Danish Hanif, 43, kini kembali dilamun cinta bersama kekasih baharu.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkongsian dibuat dalam Instagramnya.

“Tak ada komen apa-apa,” katanya ringkas ketika dihubungi HihGlam.

Dalam hantaran tersebut, Nora memuat naik beberapa foto dengan kapsyen ‘Ogos’ sambil menggunakan audio lagu Surat Hati nyanyian asal Devano.

Menariknya, entri tersebut turut diselitkan sekeping foto dengan tulisan ringkas berbunyi “Bab baharu, bismillah”, seakan memberi bayangan bahawa dirinya memasuki fasa hidup baharu.

Malah, kelihatan Nora dan lelaki misteri itu turut mengenakan kaca mata dengan rekaan serupa, sekali gus menguatkan lagi andaian netizen.

Rata-rata peminat teruja dengan perkembangan terbarunya, selain mendoakan yang terbaik buat pelakon drama popular Puteri itu.

“Semoga yang baik-baik dan manis-manis untuk Nora dan anak-anak,” ujar peminat.

“Gembira untuk awak. Semoga dipermudahkan,” tutur pengikut lain.

“Wah! Macam ada berita gembira je ni,” luah peminat.

Sebelum ini, dalam laporan HibGlam, Nora pernah berseloroh mengenai kemungkinan menunaikan haji bersama suami baharu.

Malah, dia turut memberitahu tidak menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas dua kali melalui kegagalan perkahwinan.

Terdahulu, Nora dan bekas suaminya, Nedim Mohamad Nazri, 42, bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum berpisah pada 2008. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok