PENYANYI Wani Kayrie meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pihak yang kurang senang melihat orang lain mengecapi kejayaan.
Ujar Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 25, memang wujud manusia yang hidup penuh kepura-puraan kononnya tumpang bahagia sedangkan jiwa mereka sarat iri hati.
Tak semua orang suka bila kita berjaya. Kadang-kadang ada yang pura-pura bahagia supaya tak nampak jahat.
“Malangnya, mereka lupa ada manusia dikurniakan naluri tajam untuk menghidu kepura-puraan,” tulisnya dalam Threads.
Luahan berkenaan mendapat sokongan ramai pengikut yang rata-rata bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Harmani itu.
Ada juga netizen yang mengakui memilih untuk tidak berkongsi berita gembira kerana bimbanWani Kayrie reaksi negatif orang sekeliling.
“Sebab inilah saya berhenti kongsi berita baik. Tak semua orang boleh meraikan kegembiraan kita, ada yang gembira di hadapan, belakang lain cerita,” komen netizen.
Saya setuju, kadang lebih baik simpan sendiri daripada dilihat orang yang busuk hati, bimbang kita pula yang kena penyakit ain,” tulis peminat.
“Wani teruslah melangkah. Jangan peduli manusia berhati busuk dan berdoalah kepada Tuhan agar setiap langkah kita dilindungi dan memberi manfaat kepada orang lain,” kata pengguna media sosial.
Meskipun tidak memetik nama sesiapa, ramai beranggapan luahan itu tercetus selepas Wani berkongsi keterujaan apabila lagu terbaharunya, Cak Cak Cekuk terpilih sebagai antara persembahan utama sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya hujung bulan ini. – HIBGLAM