‘Doakan anak saya keluar hubungan toksik itu’

PELAKON Abby Abadi sekali lagi mencuri tumpuan apabila secara terbuka mendoakan agar anaknya dapat keluar dari  hubungan tidak sihat.

Tanpa menyebut nama, perkongsian Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, dipercayai ada kaitan dengan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania bersama Ahmad Aslam.

“Ya, saya doakan anak saya berjaya keluar hubungan toksik itu.

Anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu. Amin kan ya,” katanya dalam InstaStory.

Malah, Abby turut menyindir segelintir pihak yang sering menghentam dirinya setiap kali isu peribadi Marissa menjadi bualan umum.

Tulis di sini biar ‘acik-acik’ (mak cik) yang maki hamun sepanjang zaman itu puas hati.

“Cepat doakan sama,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memaklumkan sentiasa mendoakan kesejahteraan Marissa.

Adik selalu ada dalam doa mama,” tuturnya.

Baru-baru ini, Abby berkongsi tangkap layar komen netizen meminta Marissa yang diminta meninggalkan kehidupan poligami seterusnya memulakan perjalanan hidup baharu.

Ada juga berpendapat Marissa yang baru berusia 20 tahun dilahirkan sempurna dengan rupa paras cantik itu layak memiliki kehidupan lebih baik berbanding bergelar isteri kedua.

Dalam masa sama, Abby turut membalas dan bersetuju dengan komen netizen yang meminta Marissa mengundur diri dengan mencari jodoh lain berstatus golongan kenamaan, sekali gus membiarkan menantu, Aslam bahagia bersama isteri pertama dan tiga anak mereka.

Pada April lalu, Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

Luahan tersebut tercetus apabila bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang didakwa tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Tidak menunggu lama, Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.

Terdahulu, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Ahmad Aslam selepas mereka berkahwin di di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Ketika itu, lelaki terbabit sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok