ANUGERAH Industri Muzik ke-24 (AIM24) menunjukkan persaingan sengit bagi 26 kategori seperti diumumkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Sebelum pemenang diumumkan pada malam kemuncak 13 September depan, proses pemilihan bakal melalui tiga fasa penjurian melibatkan hampir 900 pencalonan daripada keseluruhan kategori.
Fasa pertama berlangsung pada 14 dan 15 Julai, diikuti fasa kedua dari 21 hingga 31 Julai, manakala fasa ketiga pula dilaksanakan pada 29 Julai khusus untuk memilih calon bagi kategori Lagu Terbaik.
Menurut Ketua Juri AIM24, Datuk Mokhzani Ismail, setiap karya yang dipertandingkan dinilai dengan teliti dan penuh integriti oleh barisan juri berpengalaman.
“Saya berikan kelonggaran untuk mereka nilaikan tanpa ada pengaruh mahupun tekanan.
Setiap juri diberikan segala butiran dan perincian kriteria penjurian.
“Ada pelbagai naskhah hebat daripada pelbagai syarikat rakaman. Jadi, juri yang dipilih ada kepakaran dalam bidang tersendiri.
“Saya puas hati dengan gerak kerja dijalankan kerana mereka berikan sepenuh komitmen.
Kami beri ruang kepada juri untuk dengar keseluruhan naskah supaya penjurian lebih telus,” katanya usai pengumuman Top 5 AIM 24, baru-baru ini.
Mokhzani turut menegaskan bahawa juri tidak dibenarkan mengadili kategori yang melibatkan nama atau karya mereka sendiri.
“Saya pastikan juri setiap kategori tidak terlibat dalam mana-mana naskhah, lagu atau album yang mereka jurikan.
“Itu sangat penting kerana integriti, sebab itu kita lihat ada juri yang masuk bertanding,” katanya.
Profesional
Sementara itu, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM24, Rosmin Hashim, memaklumkan keseluruhan proses pemarkahan diuruskan secara profesional oleh pihak bebas, Maccom Management Services Sdn. Bhd.
“Mereka kumpul semua pemarkahan dan akan berikan semua pemarkahan kepada juruaudit bebas untuk buat perkiraan markah.
“Apa yang dipersembahkan hari ini adalah calon Top 5 yang dapat markah tinggi.
“Pada 13 September depan akan umumkan siapa dapat markah tertinggi sebagai pemenang AIM24,” jelasnya.
Empat lagi kategori akan diumumkan pada malam kemuncak AIM24 yang akan disiarkan secara langsung TV2 dari Arena Of Stars, Genting Highlands pada 13 September depan.
Penjurian bermula pada 14 dan 15 Julai bagi fasa pertama disusuli dengan fasa kedua iaitu pada 21 hingga 31 Julai.
Sementara, fasa ketiga pula dilangsungkan pada 29 Julai lalu untuk menilai bagi kategori Lagu Terbaik pada malam kemuncak AIM24 kelak.
Senarai pencalonan utama AIM24:
Album Terbaik
- ›› Dayang Nurfaizah- Janji
- ›› Aina Abdul – Imaji
- ›› Dayang Nurfaizah – Belagu 2
- ›› Aina Abdul – Imaji Deluxe Edition
- ›› Datuk Seri Siti Nurhaliza – SITISM
Vokal Lelaki Terbaik
- ›› Akim Ahmad – Saksama
- ›› Amir Masdi – Sengaja
- ›› Hafiz Suip – Terus Bersinar
- ›› Hazama – Mendonan
- ›› Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
Vokal Wanita Terbaik
- ›› Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
- ›› Datuk Seri Siti Nurhaliza – Sehebat Matahari
- ›› Ernie Zakri – Aura
- ›› Liza Hanim – Takdir Itu Milik Aku
- ›› Marsha Milan – Henang Rindu
Vokal Kumpulan Terbaik
- ›› AWLA – Uluk Azmi
- ›› KRU – Vondoo
- ›› Inteam – Nasab Nabi
- ›› Dolla – Damelo
- ›› TE3N – Shake
Kugiran Terbaik
- ›› Barbarik – Peluru Cokelat
- ›› Drama Band – FYP
- ›› Gerhana Skacinta – Rasa Sayang
- ›› Mafidz – Teleportasi
- ›› Masdo – Inilah Jalannya
Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik
- ›› Adira Suhaimi & Khai Bahar – Pejam
- ›› Akim Ahmad & Stacy Anam – Ritma & Rima
- ›› Faizal Tahir & Datuk M.Nasir – Campak Bintang
- ›› Hafiz Hamidun & Ruffedge – Batu Hitam
- ›› Ustaz 3 Beradik & Fadzli Far East – Putusnya Butir Tasbihku
Video Muzik Terbaik
- ›› Dolla – Damelo
- ›› Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri – Ayuh
- ›› Namawee & Wang Lei – The 20th Floor
- ›› KRU – Voodoo
- ›› Mimifly – Angkat
Lagu Rock Terbaik
- ›› Hazama – Aku Ada
- ›› Amir Masdi – Sengaja
- ›› Hazama – Rembulan & Pungguk
- ›› Hazama – Semacam Pandora
- ›› Akim & The Majistret – Saksama