‘Yang kita kutuk, itulah paling disayangi nanti’

PELAKON Ramona Zamzam menasihatkan golongan muda agar tidak terlalu meletakkan sebarang kriteria tertentu dalam memilih pasangan hidup kerana bimbang perkara tersebut akan menjadi realiti satu hari nanti.

Tidak bercakap kosong, Ramona atau Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, berkata, perkara tersebut dilaluinya apabila pernah berharap tidak dijodohkan dengan lelaki berketurunan Arab namun sebaliknya yang berlaku apabila suaminya, Rami Alashkar berasal dari Palestin.

“Adik-adik yang belum kahwin boleh tak jangan yakin sangat cakap tidak mahu sesetengah perkara.

Ketika muda saya pernah cakap tak nak kahwin dengan lelaki Arab tetapi beberapa tahun kemudian, ‘terpaling’ Arab saya dapat,” katanya dalam Threads baru-baru ini.

Katanya, tanpa sedar, pasangan yang ditolak itu merupakan calon terbaik sebagai pasangan hidup termasuk memiliki ciri-ciri yang baik.

“Calon yang paling kalian tak mahu itulah selalunya memiliki hati paling baik, rajin dan memahami sehingga nak tolak pun jadi sukar.

Tuhan bila nak tunjuk sekejap sahaja, yang paling kita kutuk, itulah paling disayangi nanti.

“Namun kalau kalian suka pasangan asal Korea, jangan sesekali cakap ‘euw saya tak suka’ dengan harapan nak kahwin dengan orang sana pula.

“Yang itu, tidak ikhlas dan Tuhan bagi terus tak jadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Ramona dan Rami telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alaskhar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok