25
SEBELUM ini kalau sebut ‘mat rempit’, ramai melahirkan rasa benci terhadap golongan itu.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu pandangan segelintir individu terhadap ‘mat rempit’ sudah berubah.
Rupa-rupanya semuanya disebabkan Syafiq Kyle yang memegang karakter sebagai ‘mat rempit’ untuk filem Malaikat Malam.
Kalau Syafiq, ‘mat rempit’ pun saya okey.
“Hanya ‘mat rempit’ ini sahaja yang saya boleh terima. Nasib baik sudah dimiliki Mimi Lana,” puji peminat wanita.
Amboi galak betul semua, jangan lupa Syafiq milik Mimi.
DIVA: Berapa ramai pasangan yang akan naik pelamin tahun ini? Kira jadilah ya Erra Fazira, Fattah Amin dan Bella Astillah.