Taylor Swift cuti panjang demi bapa

TAHAP kesihatan bapa penyanyi, Taylor Swift, Scott Swift kini dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dua bulan lalu.

Apa yang menarik, Taylor sanggup mengambil cuti dan tinggal sementara di rumah bapanya demi memastikan kebajikan insan kesayangannya itu sentiasa terpelihara.

Pelantun lagu Shake It Off itu difahamkan mengambil alih tanggungjawab ibunya, Austin dengan memantau jadual pengambilan ubat.

Ketika lelaki berusia 72 tahun itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital pada Jun lalu, Taylor juga cuti panjang dan bergilir dengan ibunya, Austin, berjaga 24 jam sehari.

“Saya menyiapkan kerusi mandi, alat bantu jalan hingga tempat tidur khusus untuk membuat bapa saya selesa.

Dahulu dia buatkan saya buaian, sekarang saya menyediakan kerusi mandi dan tempat tidurnya yang boleh dilaras mengikut keadaan,” katanya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok