POPULARITI filem ikonik Titanic yang diterbitkan hampir empat dekad lalu meletakkan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet sebagai bintang termasyhur ketika itu.
Sehingga kini berada dalam senarai aktor terlaris, DiCaprio atau dipanggil Leo juga kerap diundang ke majlis eksklusif.
Terbaharu, Leo dilihat menghadiri majlis di Ibiza, Sepanyol bersama model Vittoria Ceretti yang dikatakan turut menyaksikan kehadiran selebriti Hollywood lain.
Ketika Tobey Maguire, Kendall Jenner dan rapper, Travis Scott dilepaskan mudah ke dewan acara, Leo pula diperiksa Guardia Civil iaitu polis Sepanyol yang bertugas di lokasi.
Biarpun prosedur biasa, situasi tersebut mengundang kemusykilan kerana pegawai terbabit tidak mengenalinya.
Leo juga diminta menunjukkan pasport serta ditahan buat seketika di pintu masuk biarpun sudah diberitahu namanya Leonardo DiCaprio. – HIBGLAM