SEGENAP rasa dan segenap takdir, semuanya daripada Illahi.”
Demikian perkongsian adik kepada penyanyi Amira Othman, Irfan Haris seolah-olah memberi bayangan mengenai ketentuan indah dikecapi insan kesayangannya itu.
Lebih membuatkan hantaran berkenaan dipercayai berkaitan kakaknya dengan Fattah Amin apabila disertakan foto mereka seisi keluarga bersama pelakon itu.
Penyanyi berusia 23 tahun itu turut menyebut perkara yang dilaluinya kini juga berlaku dengan pantas sehingga sukar dipercayai dirinya sudah dewasa.
Walaupun tidak menyatakan secara langsung, perkongsian dalam TikToknya tetap melorongkan pemahaman ramai terhadap hubungan Amira dengan Fattah yang mesra dipanggil Abang Long itu.
Macam mana semua sepantas ini ya Kak Ya? (Panggilan Amira), kita buat-buat tak faham saja la,” tulisnya.
Walaupun kapsyen merujuk kepada peralihan usia penyanyi itu dari kanak-kanak ke dewasa menerusi gambar pertama di pangkuan Amira, hantarannya tetap mencetuskan tanda tanya.
Ini kerana foto kedua bersama famili turut disertai Fattah yang berbaju rona merah jambu cair senada dengan Amira menunjukkan seperti dia sudah menjadi sebahagian keluarga terbabit.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen menitipkan doa agar pasangan yang dikhabarkan bakal berkahwin Oktober depan dilancarkan urusan.
Pada masa sama ada netizen mendakwa pernikahan kedua-duanya akan berlangsung bulan depan bertepatan hari jadi Fattah namun ditepis pemilik akaun TikTok lain.
“Tarikh 14 September mereka bernikah. Tahniah,” tulis netizen.
“Irfan sebenarnya nak beritahu, tapi bagi bayangan sahaja,” kata pemilik akaun lain.
Terdahulu, heboh spekulasi pernikahan pasangan terbabit yang didakwa bakal direalisasikan pada Oktober depan tetapi dinafikan kedua-duanya. – HIBGLAM