‘Go with the flow’, saya dah lama bersedia… – Along Cham

SABAR menunggu keputusan lafaz taklik, pelawak Along Cham sedia melapangkan diri pada tarikh 30 September ini berikutan kes membabitkan rumah tangga dengan isterinya, Afreena Suhaimi sudah berlanjutan hampir lapan bulan.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, berkata, banyak isu dibangkitkan sepanjang kes berlangsung di mahkamah yang membuatkannya lebih selesa tidak membuka aib masing-masing.

“Insya-Allah, kita akan bagi kerjasama sepenuhnya. Tiada nak mengelak, lagi pun saya kerja sendiri. Saya ikut segala nasihat peguam.

Cuma kita pun tak duga benda ini (panjang), sama-sama tak jangka, hakim pun (macam) tak jangka banyak perkara dibangkitkan.

“Tapi nampak ‘bunga-bunga’ (pengesahan) dah ada. Bukan bunga-bunga cinta ye. saya pun tak nak cerita banyak, nanti orang kata saya buka aib pula,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, semalam.

Along yang ditemui selepas prosiding hujah balas daripada pihak Afreena memaklumkan hanya berlapang dada andai selepas ini kembali menyandang status duda.

Saya dah lama bersedia (sendirian). Sejak saya keluar dari ‘madrasah’ (penjara) Sungai Buloh itu pun, saya sudah bersedia sebab saya dah tahu segala-galanya pasal perkara ini.

“Mungkin netizen anggap saya cuba nak menutup kes apa yang berlaku, kes sivil itu tapi benda ini (lafaz cerai) dah berlaku sebelum itu lagi.

“Cuma sebelum disahkan di pejabat agama, berlaku pula ‘tragedi’ lain. Jadi satu-satulah kita selesaikan. Alhamdulillah, semua Allah permudahkan,” ujarnya.

Menurut bapa kepada seorang anak daripada perkahwinan terdahulu itu, dia kini hanya mengikut perjalanan kehidupan yang sudah tersurat untuknya.

Sekarang kita ‘go with the flow’. Apa pun mental kena jaga, emosi kena tenang. Alhamdulillah, saya gembira sekarang sebab emosi saya selalu dijaga emak saya,” katanya.

Semalam, Along yang diiringi peguam dan keluarganya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi prosiding pengesahan lafaz cerai secara taklik yang difailkan ke atas Afreena, 33, pada 28 Januari lalu.

Berikutan hujahan balas pihak defendan iaitu isterinya
panjang dan sidang selesai pada pukul 6.30 petang, hakim kemudian menangguhkan pengesahan lafaz taklik ke 30 September ini.

Terdahulu, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu, namun dua bulan selepas itu Along melafazkan cerai di rumahnya di Cyberjaya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok