PENYANYI Naim Daniel tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi sebutan semula pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.
Difahamkan, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, hadir seawal pukul 7 pagi tidak mengikut pintu utama.
Sebelum ini, pada 17 Jun 2025, Naim atau nama penuhnya, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 17 tahun di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary yang dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada pukul kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan potensi hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan. – HIBGLAM