ANAK usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyam sekarang dah sama tara dengan artis sebab selalu menjadi perhatian ramai.
Remaja berusia 17 tahun itu kerap meraih pujian atas pelbagai sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat.
Terbaharu, Ammar tunjukkan kepakaran di dapur memasak mengikut permintaan ibunya, Datin Seri Shahida.
Walaupun menggunakan bahan segera dari pejabat bapanya selain mencedok minyak bawang putih bercili dengan gunting, kerajinan Ammar tetap jadi bualan.
Tak kisahlah kan Ammar. Janji tolong ibu bapa seikhlas hati dan rajin walaupun hakikatnya Ammar boleh sahaja goyang kaki di rumah.
Melihat kerajinan Ammar, makin ramai berkenan nak jadikan menantu.
DIVA: Teringat seorang artis yang enggan naik penerbangan murah ketika jayakan program promosi.
Ammar Ahyan dipuji ramai tidak kekok beraksi di dapur.