SEBELUM ini Diva ada terdengar cerita dua penyanyi cilik, Amad dan Thalita berkawan baik.
Paling lucu ada yang cakap mereka sedang menjalin ‘cinta monyet’. Tergelak kejap Diva dengar tetapi kita tak bolehlah nak nafikan perkara itu kalau benar-benar berlaku.
Lebih menguatkan andaian, Amad ada memuat naik foto bersama Thalita dalam salah satu hantaran TikToknya.
Alahai comel melihat gelagat mereka cuma hubungan Amad dan Thalita barangkali sekadar kawan baik sesama industri.
Iyalah, dua-dua pun sedang meningkat naik dan semakin dikenali, jadi memang memerlukan sokongan antara satu sama lain.
Tak mengapalah, asalkan jangan buat perkara bukan-bukan sehingga rosakkan nama keluarga dan pastikan kerjaya seni terus maju.
DIVA: Kasihan lihat keadaan wajah dan tangan Thalita yang melecur sebab terkena minyak panas.