12
TRANSISI karakter, daripada watak remaja sekolah kini mampu membuatkan ramai mengalirkan air mata menerusi drama Seadanya Kita.
Itu pujian yang harus diberikan kepada Mierul Aiman dipuji berjaya melakonkan watak Kerol dengan cemerlang di samping pelakon hebat lain seperti Emma Maembong (Alani), Shah Jaszle (Farouq) dan Nelissa Nizam (Neesa).
Drama terbitan Viu Original mengisahkan tentang Alani dan Kerol yang ditakdirkan bertemu selepas kedua-duanya melalui episod hitam dalam kehidupan masing-masing.
Diarahkan oleh Feroz Kader dan mula ditayangkan pada 7 Ogos lalu, naskhah 15 episod tersebut kini hangat menjadi bualan ramai dalam media sosial yang rata-rata memuji jalan cerita selain kehebatan kesemua pelakon terlibat. – HIBGLAM