Pelakon guna air liur basi rawat jerawat

KEDENGARAN jijik, namun petua pelik pelakon jelita Tamannah Bhatia merawat jerawat di wajahnya adalah dengan menyapu air liur basi.

Kaedah tersebut didedahkan pelakon filem Bahubaali itu dalam sebuah wawancara yang mengajaknya bercerita tentang amalan penjagaan wajah bagi seorang pelakon.

Menurut Tamannaah, pelakon popular sepertinya tidak terlepas daripada mempunyai masalah kulit wajah, terutamanya jerawat.

“Saya pernah ditegur kerana memiliki jerawat di wajah. Kata lelaki yang menegur itu, dia tidak menyangka aktres seperti saya juga mempunyai jerawat,” katanya.

Apabila hos program bertanya bagaimana dia menangani masalah itu, lantas dia menjawab air liur.

“Saya sapu air liur basi sewaktu pagi. Air liur basi mempunyai anti bakteria yang berkesan merawat jerawat. Cara itu benar-benar menjadi. Air liur basi dapat mengecutkan jerawat dengan pantas,” kongsinya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok