Lima tahun filem tertangguh, Deepika Padukone tarik diri

PELAKON terkenal, Deepika Padukone mengejutkan ramai peminatnya selepas mengundurkan diri daripada membintangi filem The Intern versi Bollywood.

Deepika sepatutnya membintangi filem tersebut bersama pelakon legenda Rishi Kapoor. Namun, selepas aktor itu meninggal dunia, posisi itu diganti Amitabh Bachchan.

Namun, selepas lima tahun tertangguh, Deepika membuat keputusan untuk menarik diri. Dia bagaimanapun masih kekal sebagai salah seorang penerbit filem tersebut.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan mengenai sebab dia menarik diri daripada membintangi filem yang pernah dilakonkan oleh Anne Hathaway dan Robert De Niro itu.

Kali terakhir wajah Deepika menghiasi pawagam adalah pada tahun 2024 menerusi filem Sin­gham Again. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok