Leona wanita pertama daki tangga Menara Merdeka 118 berkaftan

Mencipta sejarah sendiri, pempengaruh media sosial sensasi, Leona berjaya menawan Menara Merdeka 118 selepas mendaki hampir 3,000 anak tangga semalam.

Menerusi Instagram radio Era FM, Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar, 23, memanjat bangunan tersebut dengan hanya memakai sepasang kaftan berwarna merah jambu.

“Leona ialah wanita Malaysia pertama yang tawan Menara Merdeka 118 naik melalui tangga dan pakai baju kaftan.

“Memang ‘power’ (hebat),” tulis satu perkongsian dalam Instagram rasmi Era FM.

Hasil pengamatan HibGlam, ramai netizen memuji anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dan berharap perkara tersebut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

“Tahniah Leona, saya sangat bangga dengan awak,” ujar peminat.

“Patut mohon Malaysia Book Of Records masa buat cabaran ini. Jadi boleh dapat pengiktirafan,” jelas pengikut.

“Saya suka wanita ini. Dia sangat bersemangat dan bijak,” tutur peminat lain.

Semalam, penyampai radio 3 Pagi Era, Nabil Ahmad dan Radin, berjaya mencipta satu kenangan baharu apabila berjaya menamatkan cabaran menaiki anak tangga Merdeka 118.

Bagaimanapun, acara tersebut tidak disertai Pak Azad yang difahamkan mengalamai kecederaan ringan akibat terlibat kemalangan motosikal.

Selain Leona dan penyampai radio 3 Pagi Era, pendakian anak tangga Menara Merdeka 118 turut disertai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok