Galak menari, Jalaluddin Hassan makin ‘rosak’

TERHIBUR! Itu yang dirasai ramai apabila melihat gelagat Datuk Jalaluddin Hassan ligat menari dalam sebuah video baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik Roy Azman itu, Jalaluddin menari dengan berlatarbelakangkan lagu Dynamite nyanyian kumpulan BTS bersama tiga lagi selebriti iaitu Datuk Ramli MS, Jatt Ali dan Roy.

Menurut Roy, aktor berusia 71 tahun yang digelar sebagai ‘pak cik beras’ itu berseronok dalam dengan aktiviti menari tersebut.

Ai pak cik beras ini, dia dalam dunianya sendiri,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa geli hati dalam kalangan netizen, malah menyifatkan kesemua selebriti tersebut ‘rosak’.

Difahamkan, tarian tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan mereka dalam program Travelawak: Projek Bapak Bapak terbitan Astro. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok