Trofi Rising Icon Festival Filem Asia Pasifik ke-62 milik Syafiq Kyle

MELAKAR sejarah baharu, pelakon Syafiq Kyle diumumkan sebagai penerima trofi Rising Icon Festival Filem Asia Pasifik ke 62.

Pengiktirafan itu diumumkan sewaktu majlis sidang media Festival Filem Asia Pasifik ke-62 yang berlangsung di ibu kota sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, tidak hadir ke majlis berkenaan dan membuat ucapan menerusi sebuah video.

Saya rasa sangat bersyukur atas peluang mewakili Malaysia di pentas rantau ini dan tak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah tersebut yang akan berlangsung pada Disember nanti. Jumpa anda di sana,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem di Asia Pasifik, Pansha berkata, Syafiq dipilih kerana prestasi cemerlang aktor itu di layar perak dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.

“Syafiq dipilih oleh jawatankuasa kecil Festival Filem Asia Pasifik. Kami melihat dia mempunyai potensi besar sebagai  pelakon filem di masa hadapan.

Anugerah ini adalah motivasi untuknya serta pelakon lain agar terus bekerja keras dan berikan hasil terbaik dalam kerja mereka.

“Kita kena iktiraf bakat muda juga. Bukan asyik beri anugerah kepada pelakon veteran sahaja,” katanya.

Festival Filem Asia Pasifik ke-62 bakal menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah buat tahun kedua berturut-turut. Tahun ini festival itu akan berlangsung pada 29 November hingga 6 Disember 2025 bertempat di Kuala Lumpur. HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok