‘Tiada alasan munasabah, kita tak patut berpisah’

MASIH mahu mempertahankan rumah tangga, suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli enggan menceraikan isteri keduanya itu tanpa sebarang sebab kukuh.

Pensyarah berusia 58 tahun itu berkata, dia tidak dapat memberi ulasan lebih lanjut berhubung kemelut rumah tangga mereka, sebaliknya hanya berserah kepada Allah.

“Jika bertanya kepada saya, sudah semestinya dalam perkahwinan kita tak mahu bercerai kecuali ada alasan munasabah dan diredhai Allah.

Tetapi kalau tiada alasan yang munasabah, kita tak patut berpisah. Cuma buat masa ini saya tidak boleh mengulas lebih-lebih berikutan beberapa sebab tertentu.

“Saya serahkan kepada Allah yang terbaik. Dia sebaik-baik perancang,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Rushdi yang bersendirian hadir ke mahkamah bagi sesi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan wakilnya dengan wakil dilantik Nora.

Begitupun, berikutan tiada kata putus daripada kedua-duanya, hakim menetapkan 3 September depan bagi proses hakam.

Berkenaan hubungan Nora dengan isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno, Rushdi hanya mengharapkan yang terbaik.

InsyaAllah, tetapi itu adalah perkara yang tidak boleh saya ulas. Ia suatu perkara yang ‘seronok’ tetapi saya tak boleh beri komen lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya Rafeah Ariffin sebagai wakil JKP, manakala Rushdi diwakili rakannya Syamsul Oma.

Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus konflik susulan hantaran di Instagramnya yang memaparkan video lafaz cerai Dr Rushdi terhadapnya.

Selepas dua bulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suaminya sudah kembali rujuk.

Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya empat tahun lalu – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok