Syifa Melvin hamil anak kedua, suami idam ‘baby girl’

Selepas menimang cahaya mata sulung pada 2023, pelakon Syifa Melvin mengumumkan khabar gembira kini sedang hamil anak kedua.

Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, bersyukur keluarganya bakal bertambah meriah dan berharap orang ramai mendoakan agar urusan kehamilan berjalan lancar.

Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga. Zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedarah Sulaiman.

“Doakan sempurna lancar sampai hujungnya. Tak boleh sorok eh dengan kalian, mesti nampak saja,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pada masa sama, Syifa memaklumkan bahawa suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan sempat memberi bayangan dirinya hamil apabila dia ‘menyumbat’ bola dalam baju selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Super 2025/26 mewakili KL City FC menentang Imigresen FC sebagai simbolik meraikan kehamilan tersebut.

Alhamdulillah, Pawi (nama gelaran suami) skor perlawanan pertama tadi sekali gus umumkan ‘baby’ adik akan datang.

“Lagipun orang macam dah boleh syak kan. Kalian doakan tau saya berjaya bersalin normal pula kali ini. Teringin,” ujarnya dalam Threads.

Pun begitu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu berkongsi perjalanan mencabar mereka dalam usaha TTC (Trying To Conceive) untuk mendapatkan anak kedua.

“Sebenarnya baby adik ini kami TTC lama juga tapi tak berjaya bukan macam Saif dulu yang bunting pelamin. Rupanya satu benda yang halang untuk lekat adalah melancong (kalau saya lah).

Ada satu ketika kami berhenti melancong dan tinggal di satu tempat, barulah boleh mengandung tapi masa itu dah pasrah. Berkat doa di Mekah sama, Pawi tak berhenti doa nak anak kedua tapi nak perempuan,” jelasnya.

Dalam kesempatan itu, dia sempat menitipkan doa buat pasangan lain yang masih menantikan zuriat.

“Saya tak lekang juga berdoa untuk pasangan TTC Semoga Allah SWT kurniakan juga dalam masa terdekat dalam keadaan yang kita betul-betul bersedia. Amin, kabulkan ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok