Berjangkit, Zizi pun ‘terbeli’ beg Aliff Syukri

KEGILAAN orang ramai membeli produk jenama Datuk Seri Aliff Syukri kebelakangan ini memang luar biasa.

Juallah produk apa pun, memang laku! Sepadanlah dengan ‘tagline’ mereka iaitu Terlajak Laris!

Diva pun salah seorang pembeli malah turut berjuang untuk membeli produk edisi terhad seperti tas tangan.

Paling lucu, bukan sahaja orang ramai yang terjebak tetapi rakan selebriti pun turut serta dalam ‘battle’ ini termasuk Zizi Kirana.

“‘Scroll’ TikTok, saya terjebak siaran langsung Aliff Syukri.

Dia tengah buat battle untuk beg yang popular itu, sekarang sudah terbeli,” katanya dalam platform Threads baru-baru ini.

Tak sangka selebriti pun terpengaruh tetapi baguslah sokong produk lokal. Semoga murah rezeki ya untuk semua!

DIVA: Walaupun Zizi menafikan rumah tangganya bergolak, masih ada yang ragu-ragu tentang perkara itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok