‘Saya murung, resah selepas ayah meninggal’

PENYAMPAI radio popular, DJ Sonic mendedahkan pernah mengalami kemurungan dan gangguan keresahan teruk selepas kehilangan bapa tercinta, Awang Hussin Awang Jinal pada 29 Februari tahun lalu.

DJ Sonic atau nama sebenar Awang Suffian Awang Hussei, 44, berkata, arwah bapanya meninggal dunia akibat masalah dalaman perut ketika beliau berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Saya terus tempah tiket ke Kapit, Sarawak. Tapi sebaik mendarat di Sibu, saya terima mesej ucapan takziah. Dalam pesawat tu saya terus menangis.

“Perjalanan tiga jam dari Sibu ke Kapit, saya langsung tak bercakap. Saya hanya menangis sepanjang jalan.

“Tapi saya tetap bersyukur sebab sempat mandikan dan peluk arwah buat kali terakhir,” katanya kepada HibGlam.

Terkesan dengan semua itu, DJ Sonic mengambil keputusan untuk tidak bersiaran di radio kerana tidak mampu mengawal emosi.

“On air perlukan tenaga dan semangat. Kita kena buat orang gembira. Tapi masa tu, saya sendiri pun tak gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu.

“Saya tak mampu senyum, tak mampu kawal perasaan depan mikrofon,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia mengakui kesedihan yang berpanjangan menyebabkannya mula mengalami kemurungan dan keresahan  sehinggan menyebabkan berat badannya susut dengan ketara.

“Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang tanya khabar. Bila dia dah tak ada, baru saya rasa kehilangan tu besar sangat.

“Saya menangis sepanjang sesi tu. Rasa bersalah tu berat sangat, sebab saya rasa saya tak luangkan masa secukupnya

“Pada 3 Ogos lalu, beliau mengikuti sesi terapi bersama pakar pembangunan emosi, Dr Hisyam Dzakiria dan buat pertama kali meluahkan kesedihan yang dipendam hampir setahun. ,” kongsinya.

Dr Hisyam membantu DJ Sonic berdamai dengan emosi sendiri, dan menukar rasa bersalah
itu kepada satu bentuk penghargaan terhadap kenangan dan kasih sayang yang pernah wujud.

Tambah DJ Sonic, sesi itu membantunya melihat kehilangan daripada sudut yang lebih positif dan mengubah cara beliau mengenang arwah.

“Saya pernah cuba putar lagu kegemaran ayah masa bersiaran, tapi saya terus menangis. Saya belum kuat.

“Tapi doktor cakap lagu tu boleh jadi penghormatan, bukan kesedihan. Sejak tu saya mula cuba redha dan bersyukur sebab pernah ada ayah sebaik tu,” ujarnya.

Ketika ini, DJ Sonic masih dalam fasa rawatan dan penyembuhan, namun kembali aktif bekerja dengan semangat yang lebih stabil.

Baginya, proses healing bukan satu titik akhir, tetapi perjalanan berterusan yang harus dilalui dengan kekuatan emosi. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok